Saturday, 2 June 2012

Identity

Assalamualaikum
Ponn ponn ponnnn ! Haha. I'm freeeee ! Bebehh ! Finally kerja-kerja aku untuk Sem II ini semua dah setel. Perghh ! Nikmat gila okayy. Terasa macam dah habis sem padahal final tinggal lagi seminggu je kot? Apaa dahhh ! =..='

Okay, disebabkan kerja dah habis dan setel yang telah membuatkan aku menjadi kera sumbang dalam bilik tuh selama 2 hari berturut-turut, maka wajar lah aku mengupdate blog yang tak berapa nak laku ini. Macam hidup segan mati tak mahu pun ade blog aku nih. Apa daaaahh !

Tadi sempat lah jugak aku belek belek blog lama aku. First aku terjun ke dunia blogging. Aku dah start menulis masa 2010 lagi. Time tu tengah noob gila pasal blog. Tulis pun macam budak-budak. Kelakar gilaa. Haha ! Tapi ade reason sebenarnya kenapa aku privatekan blog tuh. Taknak cerita taknak cerita. *tetibe emo* Apahal kau jahhhh? =..=' Aku ade 3 blog sebenarnya. Yang satu lagi tu pulak macam ala-ala diari. Sangat lah syok sendiri. Kahkahkah.

Kenapa tajuk aku identity? Sebab aku masih tercari cari identity aku kot? Kejap nak jadi macam dia, kejap nak jadi macam tu, macam ni. Sangatlah tak stabil kot? Ketiga-tiga blog tu pun punya identity yang berbeza. Bila aku baca blog dia ni, nak jadi macam ni. Baca blog dia tu, nak jadi macam tu. Sungguh tak tetap dan tak berinspirasi betul kot?

Bila aku baca blog lama aku yang first tu tetiba aku jadi macam apasal aku tak setia je dengan satu blog? Kenapa nak pedulikan tohmahan, ejeken, kedengkian orang kan? Sedangkan blogger blogger lama pun tulis entri merapu diawal penulisan diaorang. Apesal gua tak tetap pendirian nii?? *tumbuk diri sendiri~dush*

Nak berjaya dalam blogging bukan senang tapi kalau dilihat orang berjaya dalam blogging tu semua tulis ikut rentak hati. Ada identity sendiri. Tapi yang pasal info-info tu lain lah. Maksud aku yang steady tulis pasal life dia pun boleh berjaya padahal kita bukan kenal pun ye dak? Ermm. Aku bukan nak berjaya macam diorang lepas tulis pasal life aku..wuwuwu. Sedarlah diri kau tu tak sehebat mana. Kehkeh. Tapi keyword dia ikhlas disini. Nampak tak? Dia tulis tak harap pun orang baca tapi tetiba orang interested pulak dengan cerita cerita dia. Whoahh memang rezeki lah kaannn. :D

Maafkan saya kerana kamera shakinggg. Salahkan photographer kerana dia telah mengshake-shake kan dirinya. Jangan salahkan kamera kerana kamera sudah bagus dahh. DSLR kot? Hahah ! :D

Wednesday, 30 May 2012

Artis : Nur Fazura

Assalamualaikum :D
Now second last day kelas aku untuk Sem II ini. Sibuk gilaaa kot? Tapi Insya Allah bila dah melepasi hari isnin ni semua kerja akan beres dan settle sebab dah melepasi dateline untuk semua kerja kerja tu. Means dah kena hantar lah kan?? Haha. After that baru la boleh nak fokus study for final. Yeahh ! Studyyy ! Best gilaa ! =..='

Okay, mukadimah cukup disitu. Pendek tepat terperinci dan padat. Haha. Berbalik kepada tajuk. Weehhiii. Aku ada satu impian. Tak besar. Dan tak juga kecik. Haha. Aku teringin gila nak jumpa Fazura ini. Tak tau lah kenapa. Dia ni sweet gila aku tengok. Dulu memang kecoh sikit gosip gosip liar pasal dia. Now, dah kurang. Macam imej dia dah bersih kot? Yelah, bak kata dia. Dia dah matang. Bukan macam dulu lagi. Tapi memang dah nampak pun cara dia dah 'ladies' kot. Tak macam gegurly macam dulu.

See? Aku lagi suka muka dia withou make up. Pure dan suci jee.

Aku admirer gila kot kat dia ni? Aku jarang nak suka artis artis ni. Tapi dia ni lain kot. Heyy dude ! Jangan cakap aku lesboo pulakkk. Aku just minat je. Ala-ala fans gitu. Haha. Muka dia sweet gila weyyy.

Ni butik dia yang baru bukak. House of Doll namanya.

Sweet gilaaa. Dah la tinggii. Weehiii

Again! Can we meet Sis? Hihi :D

Sekarang dia tengah in love dengan TMJ. Bakal Sultan aku tuhhh. Semoga Berbahagia ! Suka tengok dia orang berdua. Sesuai gila since Fazura pun dah macam princess aku tengok. Agak agak, possible tak aku akan dapat invitation perkahwinan diraja diorang ni? Insya Allah kalau jodoh mereka panjang dan aku ada rezeki tengok diaorang kahwin secara live? Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu? Kuikui :D

p/s: Best Of Luck Miss Fazura =)

Saturday, 26 May 2012

Apa Motif?

Assalamualaikummmm !
Apa motif? Lama tak jumpa kan? Tiba-tiba update blog?! APA MOTIF?? Takde motif pun sebenarnya. Saje aku rindu dengan dunia blog. Hari hari aku baca blog orang dan hari hari jugak teringat dekat blog sendiri yang berhabuk bersawang berdebu ni. Hahaha. Rindu gila sebenarnya. Tapi apakan daya, malas mengatasi segalanya. Hahaha.

Sekarang kira last week of kuliah week. Kuliah week? Pun bolehhh. Hahah! Next week aku dah start study week lepas tu final lepas tu bercuti. Yeayyy ! Hari first cuti aku dah plan dengan kawan kawan nak pergi bercuti ala ala backpakers. Eh, tak sampai hari pertama cuti pun. Habis paper pagi tu, petang dah gerak sebab terbeli tiket awal. Ayooo =,=' 

Mula-mula aku cuak jugak bila aku dapat tau paper last aku sama dengan hari yang kiteorg nak gerak tu. Tapi bila tengok jadual pagi dah habis dah, fuhhh ! Lega gila weyyy ! Bayangkan kalau aku terpaksa tukar tiket flight. Perghhh ! Duit weyyy, duit ! Mau taknye aku puasa 5 hari sebab nak cover balik bayar duit tambahan tukar waktu tiket. Itu pun kalau boleh tukar. Buatnya dia suruh beli baru? Mau puasa 10 hari aku? Hahaha. =,=' Aku nak gi mana?? Lek lek luuuu. Nanti aku share ye. Muehehe :D

Hujung-hujung sem mesti kerja banyak gilaa. :\ So, terpaksa lah aku kena bersengkang mata menyiapkan segala assignment assignment, report report plus study untuk lab test. Haiyaaaa. Nak sentuh untuk final memang tak lahhh. Mana sempat. Kalau sempat pun guna buat waktu cover tidur. Wakaka. Lumrah student. Macam ni lahh. 

Lain lah kalau student medic, sentiasa bersama buku. Ilmu melekat di dada sentiasa. Hahah! Aku ni memang lah stail study last minit lepas tu menyesal lepas tu tak amik pun pengajaran. Dan dan buat lagi untuk sem depan. Padahal dah semangat dah nak ubah perangai tu lepas habis final sem I hari tu. Hahah ! =..='


Bye ! :D

Saturday, 12 November 2011

Ford Fiesta!

Assalamualaikum

Haiiii y'ollssss! ngeeee! aku janji nak update blog time aku cuti kan hari tu? Sekarang dah habis cuti pun barulah aku terhegeh hegeh nak update..wahaha! biasalahh janji melayu..opss! ngeee :D Tajuk macam gempak..konon aku dah ade lah kereta tu kann..hampeh! aku tipu je..LOL

Aku suka lah kereta nih..dah lama aku usha..weeee..nak beli, tggu 2-3 tahun keje pun belum tentu dapat..haihh sabar sabar! :O Bak kata cikgu aku, kalau setakat beginner gaji 2-3 ribu sebulan, jangan mimpi lah nak jadikan vios kereta pertama...hoho..vios punya harga pun lebih kurang dengan kereta nih..mmg tak dapek lah kannn..tu kalau beginner 2-3 ribu..kalau 2k pun tak sampai mcm mane?? jangan mimpi lah kau jahhhh..HAHAHAHA


alahaiii :O

Ahh..berangan je lebih aku ni..study first sem pun belum habis lagi..puihhh! wakaka Dulu aku minat honda Jazz tapi memandangkan harganya terlalu lah 'murah' kannn..memang cancel lah..*cehh, again berangan* Jangan risau, kata orang berangan dulu baru ade flow nak capai sesuatu.. Insya-Allah wakaka :D

Okaylah petang nanti ade game bolasepak Malaysia lawan Kemboja kalau tak silap aku..so, sebagai peminat yang tegar..menonton bola tu haruslah kann..hihihi Doakan Malaysia menang ye rakyat Malaysia sekalian..hihi

p/s: belum sempat aku amik nafas, lusa dah ade test..haihhh! *jangan banyak mengeluh ye* :P